Friday, March 26, 2010

MiNGgu Ni PeNAt GiLeeeeeeR................................


Minggu ni minggu yg paling memenatkan.
Apa tak nyerr, banyak sangat aktiviti dalam satu hari.
Ditakdirkan panas sangat skrg ni.
Minggu ni Mak Teh ditugaskan kat padang bagi menjayakan sukan MSSD untuk tahun. Memang ni lah keje Mak Teh tiap2 tahun.
Syok jgak sbenaqnya,tak tension sgt tgk bebudak lari.
Yang tak tahannya cuaca, fuhhhhh...... panas gilerrrr..... Ni baru panas dunia.
Akhirat nanti camna ha? Nauzubillah..................
Mak Teh dah pakai topi 'cedong', tp masih panas lagi. Pas balik sukan pi dok tengok bebudak lawan bolajaring persahabatan lak, bagi sokongan moral. Klu tak diam lak padang, sunyi sepi. Yang syok nyerr suara kitorang je yang kuat, skolah lain diam jerrr. Tak dak tomakninah langsung.....
Itu lah yang ada kat skolah Mak Teh tapi x dak kat skolah lain........
Habis sukan semua, pi plak kat Kem Motivasi budak2 jah 6, siap buat BBQ.
Minggu depan start lak perlawanan bolajaring...aduhhhh...berpanas lah lagi.
Jangan ingat senang jd cikgu, cikgu dulu ngan skarang x sama dohhhhh......
Apa pun harap2 anak2 buah Mak Teh akan berjuang habis2an di atas padang walaupun sklh kita tak dak padang.... Katakan Boleh............

Sunday, March 21, 2010

SeSi PerSEkOLahAN BeRmuLA LaGI..................

Hai liat sungguh arini nak bangun awai. Malas nyerrrr nak gi sekolah.
Seminggu bleh bangun lambat nak mula bangun awai blik, aduuuuuuh, becinta tau dak.
Tapi demi anak bangsa dan sesuap nasi ku gagahi jua, hahaha................. Cuaca yang mendung melembabkan suasana.
Bebudak pun ramai lg yg smbg cuti.
Hari Ahad ok skit bab byk klas muzik, jadi nyanyi je lerrr......... klu bab nyanyi, bukan murid jer semangat, cikgu lebih lagi.........fuhhhhhh.
Bercucuran ujan turun bab sedap ngat nyanyi.
Kadang2 dok pikiaq gak camna bleh ngajaq muzik walhal bukan ahli muzik pun. Gamaknyerr bab suka ngat nyanyi, 'radio' on sokmo, so PK bg la waktu muzik banyak skit kot. Apa2 jer laaaaa............ asalkan bahgia............

Friday, March 19, 2010

16 TaHUn BerLaLu, HaRi Ni JuMPa


Tak sangka, ingat kan dah x jumpa dengan Rafidah mek klate kawan lama Mak Teh , tapi Allah Maha berkuasa walaupun dah 16 tahun berlalu tapi jumpa gak kat Mydin Mall.
Kami sama blajaq kat MPPP dulu, lepas posting x jumpa2.

Sekarang ni depa dah jadi jutawan HAI-O , mai Tranung ni jumpa prospek.
Syok la kan banyak duit.
Tp ingat duit bukan segala2nya. Anak depa dah 5, lebih sorang ja pada MakTeh.
Nanti kita lawan, hehehe............ Ada 4 orang pun x terlayan......fening kefala........... Harap2 lepas ni dapat la jumpa plak Pidah oiii.
Slalu2 la mai sini....

PerJAlaNAn MaNUsia DaN LIku2 HaRi AkhIRat

Sama2 lah kita muhasabah diri

Thursday, March 18, 2010

Mimpi Rasulullah S.A.W


Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah wuddiselamatkan oleh kesanuknya.

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
“Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya,” lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:
“Mereka itulah orang-orang yang suka ‘membawa mulut’ ke sana ke mari.”

20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: “Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.”


Wednesday, March 17, 2010

BaLiK KaMPunG LaGi.................

Sapa la yang tak suka klu bleh balik kampung. Cuba habaq mai kat Mak Teh.
Klu x terasa apa2 tu kira plek la, kan na..............?
Cam tu gak Mak Teh, klu kata time dekat2 nak blk kg tu, kira tidoq pun x brp nak lena.
Tp kali ni bleh blk sat ja bab my hubby ada kerja....huhuhu...... kat umah mak pun tak berapa sihat .......sakit urat, salah makan la tu....org tua mana leh pantang....pantang tengok, bantai.
Sian mak, nak jln pun sakit, sembahyang pun siksa....... kena la usung mak pi urut.
Harap2 okey la pas ni bab Mak Teh dah blk ganu ni.

Balik kali ni macam biasa, anak2 mesti nak mandi sungai.
Bleh mandi sejam dua baru puas hati.
Pastu bwk depa ni pi tgk padi menguning kat sawah.
Bg pengalaman kat bebudak mana datangnya nasi yg dok makan hari2.
Tp yg sedihnya on the way nak pi 'bendang' MP3 Mak Teh Jatuh kat dalam sungai.
Bebudak la yg bawa nyerrr..... dah tu belari lak atas titi, jatuh la yerrrr....huhuhu...
............cubaan.........nasib badan....


kat sini la mp3 Mak Teh jatuh...huhuhu.......



kat sawah ni la tempat Mak Teh cari ikan keli, sepat n haruan dulu

Wednesday, March 10, 2010

DoSA BerKUku PaNJaNG


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut....

potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan
kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak
sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti
memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh
diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu
yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata
pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu
E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.


Monday, March 8, 2010

MaNUsiA MaTI di TanAH Dia DiJADiKan

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah subhanahu wa taala…

Dalam satu riwayat At-Tirmizi ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Apabila Allah memutuskan seseorang hamba mati di sesebuah tempat, maka Allah akan menjadikan orang itu mempunyai hajat di tempat tersebut”

Dalam hadis riwayat Ad Dailami secara marfu’ menyebutkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud :

“Setiap yang diperanakkan yakni kanak-kanak, ditaburkan pada pusatnya daripada tanah kuburnya. Maka apabila ia mati dikembalikan dia kepada tanahnya”.

Diriwayatkan daripada Abu Hatim rahimahullah katanya:

“Tiada kami dapati fadilat yang seumpama fadilat Abu Bakar dan Umar kerana tanah mereka berdua adalah sama dengan tanah Rasulullah s.a.w.

Dalam riwayat Ibnu Majah pula (secara marfu’) menyebutkan :

“Apabila ditetapkan ajal seseorang hamba pada suatu tempat dibumi ini, maka dijadikan dia mempunyai hajat keperluan di bumi itu, bila dia sampai ke bumi itu, maka dia dimatikan Allah di situ. Pada hari kiamat bumi itu berkata :”wahai Tuhanku, inilah orangnya yang engkau letakkan aku”.

Berdasarkan keterangan dan dalil di atas maka para ulama mengatakan, di sunatkan kepada seseorang hamba yang hendak bermusafir agar dia melepaskan dirinya daripada sebarang kezaliman dan membayar segala hutangnya, serta berwasiat tentang haknya dan hak orang lain yang perlu dilunaskan olehnya. Ini kerana dia tidak mengetahui adakah dia akan kembali semula ke rumahnya dari perantauan itu atau tidak…

Diriwayatkan bahawa ada seseorang lelaki yang masuk ke dalam majlis Nabi Sulaiman a.s lalu berkata : “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku mempunyai hajat keperluan di negeri India, dan aku memohon agar engkau titahkan angin membawaku ke situ pada waktu ini. Lalu Nabi Sulaiman a.s melihat kepada Malaikat Maut yang ada dalam majlisnya. Malaikat maut tersenyum darihal yang demikian. Tanya Nabi Sulaiman a.s: “Mengapa engkau tersenyum? Jawab Malaikat Maut : “Aku merasa hairan, kerana aku diperintahkan supaya mengambil nyawa orang ini di negeri India pada ketika ini, sedangkan aku lihat dia ada bersama engkau.” Kemudian orang itupun dibawa angin ke negeri India pada saat itu juga dan di sana nyawanya diambil.”

Thursday, March 4, 2010

MauLiDuR RasUL................

Guru2 lelaki berselawat


Cg pompuan pun x lepaskan peluang


Sollallah 'ala muhammad
Sollallah 'alaihiwassallam

Sollallah 'ala muhammad
Sollallah 'alaihiwassallam



Sambutan MaulidurRasul mmg x asing bg kita hamba yang mengaku dirinya islam.
Tp jgn ingat semua org tau mengenai hari yang bersejarah ini.
Mmg la kat sekolah murid2 sentiasa didedahkan dgn peristiwa ini, tp klu bg org yg pi sekolah tp x smp kat sekolah (ponteng) camna ahhhh????
Tanggungjawab mak ayah la plak crite bende gini.
Kita perlu pastikan akal generasi kita terus subur dengan crite2 mengenai junjungan agung supaya tidak leka dgn arus kemodenan yg entah apa2 sekarang.
Waspada dengan bentuk penjajahan sekarang ni. x main dah perang2, akal kita lak dijajahnya!!!!!
Alhamdulillah sekolah Mak Teh buat majlis sambutan Maulidur Rasul baru-baru ni. Sambutan mmg menggalakkan. Bebudak ni, suka sgt lerrr bab x kena blajaq.




Ust. Syukri bercerita kisah rasulullah


Mina x lepaskan peluang bergambar


Pertandingan mewarna