Friday, May 14, 2010

HoBBy BaRU ..............



Gaya amatur

Sebut ja tenis.......mesti orang ingat susah, kena lari banyak bab padang nyer yg besar.........
Tapi klu kita try sekali mesti nak lagi. 
Apa tak nyer, mesti peluh berjeruk, x yah nak gi joging dah dan yg penting tak memboringkan macam berjoging.
Haaa...ini la hobby baru Mak Teh. Biar la baru belajar pun tp dah 'jatuh cinta'. 
Sekadar mengisi masa lapang di hujung minggu.


Juruletih mai antaq ayaq.

La ni makin ramai org minat ngan tenis ni.
Bab tu kul 7 pg kena pi dah takut penuh x leh main. 
Semangat sggh. Abih anak beranak. 

  Tengok tu dan lagi berposing hehehe...


 

Wednesday, May 12, 2010

KaRnIVal SuKAn 2010


 Baru rasa lega sikit. 2 minggu asyik dok berulang pagi petang ke sekolah, akhirnya selesai juga. Mcm ni la tiap2 tahun klu musim sukan. Tp sekolah Mak Teh untung bab x dak padang jd main sukan pun ala2 sukaneka gitu.Tp sebut lah main, letih sama ja. Klu x main nanti x berkembang la plak minda bebudak ni. Walaupun tak dak padang, dapat la jugak depa ni merasa bersukan dak.......... Sekali ngan cg. naik syehhhh........



 Sama naik cikgu ngan anak murid, semangat kesukanan.
Ni la kerja cikgu kena jd bebudak



Sini lah tempat bebudak ni menunjukkan skill masing2


 
Wakil dari Mumbai 

 

Monday, May 10, 2010

HaRi MaK, IbU, MaMi, MamA, UmI,............................

Syurga di bawah telapak kaki ibu. Tak dak ibu tak dak la kita, klu bapa, ada gak tak dak, contoh Nabi Isa. Best juge ada ari ibu ni erk. Tapi hari ibu ni patut sambut hari2, mana ada hari yang ksus. Bebudak jer klu ari ibu gak, ada la nak makan situ lah, nak makan sini lah. konon2 sambut ari ibu. Mak Teh pi makan kat Pizza jer. Apa pun jaga lah hati ibu2 kita setiap masa tanpa ada batas waktu. Sementara ibu kita ada, ambil peluang  untuk berdampingan dengan mereka. Jangan terlalu berkira.






Sunday, May 2, 2010

MeNDapAT HiDAyAh ALLaH

Seseorang perlu mengamalkan beberapa langkah untuk mendapat hidayah Allah, iaitu:

1- Mencari ilmu.

Orang yang hatinya rindu kepada permainan, hiburan dan kelalaian dunia biasanya tiada masa untuk ilmu. Kadang-kadang mencuri masa yang sedikit untuk membaca al-Quran tanpa penghayatan. Terlepas peluang mengkaji hadis Rasulullah dan tidak terdetik di hati mempelajari sunnah dan mengamalkannya.

Kedudukan ilmu bukan untuk menghantarkan seseorang pada satu gelaran alim, ustaz atau tok guru. Tetapi, matlamat menghidupkan ilmu dalam diri adalah untuk menghantarkan kita berada dekat dengan Allah.

Ilmu membolehkan seorang hamba memahami bentuk ketaatan dan kesetiaan kepada Allah, mempelajari dan menghindari jalan yang dimurka-Nya. Ilmu juga membuka mata hati insan untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, di mana kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Ilmu diharapkan melahirkan Khalifatullah berpotensi memakmurkan bumi.

2- Mendampingi orang soleh.

Seseorang yang istimewa kedudukannya di sisi Allah memiliki sesuatu tidak dimiliki manusia biasa. Tutur katanya mampu menghantarkan petunjuk, hidayah dan hikmah ke dalam hati yang mendengar, akhlaknya menjadi penyejuk mata orang memandang, jasa dan perjuangannya menjadi sebutan yang tidak lapuk ditelan zaman.

Beruntung sesiapa yang bersahabat dengan mereka disebabkan amal soleh dan teladan ikhlas mampu menggerak hati ke jalan Allah dengan memperingatkan hamba-Nya berwaspada memilih sahabat sehidup semati, dunia akhirat.

3- Mengikuti sunnah Rasul dan Salafus soleh.

Setiap mukmin wajib beriman Rasulullah SAW berperanan menghantarkan petunjuk hidayah kepada umatnya hingga akhir zaman. Jadi, mengapa ada golongan yang mengaku Muslim mencari petunjuk lain yang bukan dibawa Rasulullah?

Fenomena mengada-adakan sesuatu urusan agama yang tidak pernah dilakukan baginda dan sahabatnya jika dibiarkan berlarutan boleh menimbulkan fahaman baru yang menyalahi sunnah Rasulullah. Rasulullah pernah menyentuh perkara ini kepada Huzaifah Ibn al-Yaman, kebaikan yang ada pada umat Islam menjadi pudar kerana timbulnya unsur dakhan di kalangan mereka.

- Penulis adalah Mufti Perlis.