Sunday, January 31, 2010

DapAT AnaK SeGEra


Inilah yang dikatakan rezeki datang bergolek....Anak dah ramai dah, dapat lak 3 orang segera. Boleh la bwk balik, sorang tukang picit, sorang tukang masak and sorang kemas umah. Save.........budget...Tak yah mbik bibik kouuuu.
Marah mak bapak diorang klu tau.

Sebenarnya ni anak angkat Mak Teh dalam program anak angkat utk UPSR th ni.
Kat kiri tu namanya Dalila, Aziera and yang besar tu Amiza.

Hang pa ni kena buat btul2. Jgn men2.
X yah dok sengeh memanjang.
Sian mak ayah sembu sembam cari duit nak sklahkan korang.
Berjuang hingga ke titisan terakhir.................

Friday, January 29, 2010

HaPpY BirTHdaY ADLiYA.......

Ari ni 29hb Januari, genap 4 th umur anak bongsu Mak Teh. Cbuk sekali nakkan kek. Ni tah keknya

'HapPy BirtHDaY tO YoU'
'HapPy BirtHDaY tO YoU'
'HapPy BirtHDaY tO ADLiYa'
'HapPy BirtHDaY tO YoU'

Semoga menjadi anak yang solehah serta berjaya
di dunia dan di akhirat.


Amboi, panjangnya muncung

Tumpang skit.............



Eee..........Kitorang nak gak, fuhhhh....................



Jaga2 potong kat lain kang..................



Cepat la Yang...........dah menitik air liur Umi ni...............


Sodapnyer....................

MeNGhoRmaTi AzAN.................


Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri
tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika
azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka
kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun
nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan
lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."


Thursday, January 28, 2010

TetiBA JeR SaYU............


Tiba2 jer hati Mak Teh jadi sayu.......... Terkenangkan diri yang jauh di perantauan, jauh dari keluarga, jauh dari teman2 permainan dan jauh dari segala2galanya. Mak Teh kat sini x der sesiapa kecuali suami yang benar2 memahami hati ini, thanks my dear. Klu ari kerja ye lah teman2 ramai, tapi klu cuti boring sesangat............hu....hu......hu......

Kadang2 teringat kat mak yang dah tua kat kampung, sedih sangat. Nak jengok jauh, mak kat Kedah, Mak Teh kat Terengganu. Tak sabar rasanya tunggu cuti sekolah. Masa bercuti baru ni sian tgk mak demam x sihat tubuh. Masa cuti pun nak abis, terpaksa gak tinggalkan mak walaupun hati dan kaki Mak Teh berat untuk melangkah. Tapi sekarang mak dah sihat, Alhamdulillah. 'Ya Allah berilah kesihatan yang baik untuk ibuku'.

Walau apa pun hidup harus diteruskan. Mak teh dah daftar kat Institut Al-Quran. Belajar Al-Quran, moga2 dapat menghilangkan rasa sedih kat hati ni. Mak Teh juga akan terus mengikuti kelas tafsir kat surau agar hati ini lembut dan sentiasa ingat akan kebesaran Allah. AMIN....................................

KhaSiaT KuRmA

Monday, August 31st, 2009 | Author:

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phoneix Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Makkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Di kalangan penduduk di negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Rasulullah SAW.
Malah Rasulullah ada bersabda “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”, Riwayat Imam Bukhari.

Dari segi saintifik pula, kurma mengandungi serat yang tinggi, kaya kalsium, potassium, zat folat, vitamin A, B, B1, B2, B3, Vitamin C dan E, bebas lemak dan bebas kolesterol dan berupaya mencegah beberapa penyakit serius seperti jantung, strok dan barah.


Kelebihan buah kurma:

  • Kurma mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
  • Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya memberi tenaga yang tinggi.
  • Kandungan tenaga yang dimiliki kurma menandingi antara keluarga besar buah-buahan.
  • Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.
  • Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
  • Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Atas sebab itulah, kurma dianggap sebagai buah yang paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.
  • Kurma mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat dan serat.

Sumber: Berita Harian

DoA PiLiHaN

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;



Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

JaNgan PiNgGirKan AnAK-AnAK IstIMewa



Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu dan bapa melainkan berjaya mendapat zuriatnya sendiri. Anak merupakan penyambung generasi dan lambang kebahagiaan keluarganya. Ramai antara sahabat kita yang gagal mendapatkan zuriat, sentiasa mencuba pelbagai kaedah dan cara untuk mencari permata hati ini.

Tapi sedarkah kita anak-anak merupakan ujian yang besar diturunkan Allah s.w.t. kepada kedua orang tuanya??? Lebih2 lagi anak yang dikurniakan itu adalah anak yang "terlalu istimewa". Memang, setiap anak yang dilahirkan, Allah sertakan bersamanya rezeki. Terkadang kita gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Sedarlah teman,... anak2 istimewa juga insan yang memerlukan kasih sayang tempat di hati masyarakat. Pandanglah, renunglah dan selamilah hati dan perasaan mereka. Sesungguhnya dari anak mata dan air muka mereka menceritakan sesuatu yang amat sukar ditafsirkan. Seharusnya kita memanjatkan berjutaan kesyukuran kepadaNYA...... kerana dilahirkan sebagai insan yang normal yang mampu berdikari dan menghayati keindahan hidup ini.

Saudaraku, janganlah kita pinggirkan anak2 istimewa. Didiklah mereka dengan penuh kesabaran dan kesungguhan kerana pahala yang besar menanti kita di "sana". Jadilah seperti Nabi Muhammad s.a.w. yang bersifat penyayang kepada semua kanak-kanak.

Wednesday, January 27, 2010


Anda bahagia..........????? Klu x bahagia cuba2lah bahagiakan diri anda. Takkan datang kebahagiaan dalam diri kita selagi kita tidak membahagiakan diri orang lain. Kebahagiaan pasti kan menyusul sekiranya kita membahagiakan orang2 yang kita sayang terutamanya ibu bapa. Apa yang Mak Teh maksud kan, janganlah nak pentingkan diri sendiri. Sekali-sekala mengalah la kan, bleh. Kebahagiaan x bleh beli beb....... Ada duit banyak mana pun, klu dah Allah x nak kurniakan rahmat dan rasa bahagia tak ke mana perginya.............. Klu dah x dak duit, tapi Allah kurniakan sedikit ja rasa bahagia semua masalah hilang.

Menurut Yusuf al- Qardawi,

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya

Sama2lah kita hayati kata2 ini yeee......................

Sunday, January 24, 2010

PenCEroBohaN TeRHadAP Al-AQsa




Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.

Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Sebagai orang islam yang mengaku setiap orang islam adalah saudaranya , apakah yang ada dalam benak kita sekarang? ?? Sanggupkah kita memerhati saudara kita diratah setiap hari oleh tentera Yahudi yang ternyata tidak berperasaan. Kini Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat islam sebelum dipindahkan ke Baitullah Al-Haram di Makkah telah cuba dirobohkan.Walaupun ada bantahan namun kawasan suci orang islam ini terus dinodai.

Marilah sama2 kita berdoa agar Allah sentiasa melindungi Al-Aqsa yang semakin lemah ini. Amin........................................

CanTIkNya CIPtaaN ALLaH

BUDIDAYA IKAN HIAS

LIVE BEARER

1. PENDAHULUAN

Ikan hias cukup dikenal oleh masyarakat sebagai hiasan aquarium. Perkembangan ikan hias di Indonesia mengalami kemajuan yang terus meningkat, terutama ikan hias air tawar asli Indonesia. Dari sekian banyak jenis ikan hias, tidak semuanya telah dapat dibudidayakan. Dalam menternakkan ikan hias harus diperhatikan bahwa masing-masing jenis mempunyai sifat dan kebiasaan hidup yang berbeda-beda, misalnya dalam cara pemijahan, bertelur ataupun menyusun sarangnya.

Ikan Guppy
Ikan Molly
Ikan Platy
Ikan Sword Tail

Cara perkembangbiakkan ikan hias ada beberapa macam:

  1. Ikan-ikan hias yang beranak.
  2. Ikan-ikan hias yang bertelur berserakan.
  3. Ikan-ikan hias yang meletakkan telurnya pada suatu subtrat.
  4. Ikan-ikan hias yang menetaskan telurnya dalam sarang busa.
  5. Ikan-ikan yang mengeramkan telurnya di dalam mulut.

Dalam tulisan ini akan dibahas mengenai cara-cara pemeliharaan ikan hias yang beranak (live bearer), misalnya:

  1. Ikan Guppy (Poecilia reticulata Guppy)
  2. Ikan Molly (Poelicia latipinna Sailfin molly)
  3. Ikan Platy (Xiphophorus maculatus Platy)
  4. Ikan Sword tail (Xiphophorus helleri Sword tail)

2. CIRI-CIRI INDUK JANTAN DAN BETINA

  1. Induk Jantan
    1. Mempunyai gonopodium (berupa tonjolan dibelakang sirip perut) yang merupakan modifikasi sirip anal yang berupa menjadi sirip yang panjang.
    2. Tubuhnya rampaing.
    3. Warnanya lebih cerah.
    4. Sirip punggung lebih panjang.
    5. Kepalanya besar.
  2. Induk Betina
    1. Dibelakang sirip perut tidak ada gonopodium, tetapi berupa sirip halus.
    2. Tubuhnya gemuk
    3. Warnanya kurang cerah.
    4. Sirip punggung biasa.
    5. Kepalanya agak runcing.

3. HAL YANG PERLU DIPERHATIKAN DALAM PEMELIHARAAN

  1. Air yang diperlukan adalah ari yang cukup mengandung Oksigen (O2) dan jernih.
  2. Suhu air berkisar antara 15 ~ 27°C.
  3. pH yang disukai agak sedikit alkalis, yaitu berkisar 7 ~ 8.
  4. Makanan yang diberikan dapat berupa makanan alami (cuk, cacing, kutu air) dan makanan buatan, diberikan secukupnya.

4. TEKNIK PEMIJAHAN

  1. Pemilihan induk. Pilihlah induk yang berukuran relatif besar, bentuk tubuh yang mengembung serta mempunyai warna yang indah.
  2. Induk-induk yang telah dipilih dimasukkan dalam satu bak untuk beberapa pasang induk. Namun apabila menghendaki keturunan tertentu dapat pula dilakukan dengan cara memisahkan dalam bak tersendiri sepasang-sepasang.
  3. Bak-bak pemijahan harus dikontrol setiap hari. Setelah lahir, anak-anak ikan harus cepat-cepat diambil dan dipisahkan dari induknya agar tidak dimakan oleh induknya.

5. PERAWATAN BENIH

  1. Anak-anak ikan yang baru lahir belum membutuhkan makanan, karena masih mengandung kuning telur (yolk egg). Setelah 4 ~ 5 hari anak ikan baru dapat diberi makanan berupa kutu air yang sudah disaring, atau kuning telur yang telah direbus dan dihancurkan.
  2. Setelah mencapai ukuran medium (2 ~ 3 cm) dapat diberikan makanan cacing, kemudian setelah mencapai ukuran dewasa (5 ~ 7 cm) dapat diberi makanan cuk.
  3. Disamping makanan alami dapat pula diberi makanan tambahan berupa cacing kering, agar-agar dll.
  4. Pemberian makanan sebaiknya 2 kali sehari, hendaknya jangan berlebihan, karena dapat menyebabkan pembusukan yang dapat meerusak kualitas air.
  5. Pergantian air. Air dalam bak atau aquarium jangan sampai kotor/keruh, karena dapat menyebabkan kematian anak ikan. Kotoran dapat dibersihkan setiap 2 ~ 3 hari sekali dengan cara disiphon, air yang terbuang pada waktu penyiphonan sebanyak 10 ~20% dapat diganti dengan air yang baru.

6. PENUTUP

Budidaya ikan live bearer ini sangat mudah dan mempunyai tingkat keberhasilan yang tinggi. Untuk satu pasang ikan dapat menghasilkan 50 sampai 100 ekar ikan untuk satu kali pemijahan, dengan harga perekor Rp. 25,-sampai Rp. 75,-. Jenis ikan ini juga merupakan ikan hias yang dapat di eksport misalnya: ikan Guppy. Dengan teknik pemeliharaan yang tepat dan ketekunan yang tinggi akan didapat hasil dengan warna yang sangat indah.

Saturday, January 23, 2010

TeRKenaNG SeMAsa DuLu


Rumah peninggalan moyang



Kalau dikenangkan zaman kanak-kanak, ohhhh...........syok betui. Bagai dunia ana yang punya. Semua aktiviti tak payah mak ayah nak pantau sebab ilmu yang mak bagi tu dah dikira ok. Lagipun dulu suasana lain tak macam sekarang ni, kanak-kanak terdedah dengan macam-macam ilmu, baik dan buruk kena pandai pilih klu tak jahanam la............ Walaupun kehidupan Mak Teh pada masa tu dikira susah tapi bahagia sangat.

Ayah Mak Teh meninggal masa Mak Teh darjah 3. Sian mak............ Masa tu umur mak baru 38, anak dah 8, terpaksalah bertungkus lumus cari rezeki untuk anak2. Mujur ayah ada tinggal barang kemas skit, sesak2 leh gak gi gadai, pas tu tebus smula. Ada gak org meminang mak tp mak tak nak bab mak setia dengan ayah dan sian ngan kami anak-anak yang masih kecil masa tu. Walaupun hari-hari makan sayur sawi. ikan goreng, sambal belacan ngan petai kira sedap sangat la tu. Syukur alhamdulillah. Klu sekarang ni boleh la panggil TV3 buat rancangan Bersamamu

Kebun, tempat permainan masa kecik


Tapi Mak Teh ni lasak kira anak yang lasak. Tak leh nak dok diam, ada ja aktiviti yang nak dibuat. Selalu mak sedara ajak ke kebun getahnya untuk kutip getah sekerap(getah beku dalam pot). Dapat upah RM3 suka sangat. Klu susu getah kurang ambil upah baja pokok lak. Berat beb........ seguni baja atas bahu. Alah bisa,tegal biasa. Duit punya pasal, jalan............... Mak Teh ada gak ambil upah menyedung (sulam anak pokok padi) kat sawah. Walau panas terik atas kepala Mak Teh sanggup. Bebudak sekarang ni ada ka nak buat keje gitu? Rasanya payah nak cari. Nak Duit minta mak ayah, tak bagi merajuk.

Sekali sekala ada gak Mak Teh angkut pasir dalam sungai untuk sedara buat bata bina rumah. Susah beb nak angkut pasir ni. Terpaksa la menyelam nak ambil pasir,air sungai dalam. Sekarang ni klu MakTeh balik kampung, mesti Mak Teh bawa anak2 duduk kat tepi sungai tu dan crite le kesusahan MakTeh dulu. Ternganga anak2 dengar crite. Sebab tu klu anak2 minta apa2 MakTeh susah nak bagi, bukan kedekut tapi nak ajar susah skit. Last2 bagi jugak... huhu...


Sungai dah banyak berubah akibat banjir

Friday, January 22, 2010

JAdiLaH HaMBaNya YanG BerTAKwa

Sama-samalah kita renung akan hikmah kejadian alam yang indah ini. Semua benda yang Allah jadikan adalah tidak sia-sia. Setiap amalan yang kita lakukan tidak kira sebesar mana pun, yakinlah ianya ada bahagian di sisi Allah. Ini adalah janji Allah s.w.t..............Di dunia pun kita tidak sanggup meneguk air yang panas, apakah kita sanggup minum air panas yang menggelegak di akhirat????? Timbangan di hari akhirat sangat adil. Setiap orang tidak akan dizalimi oleh Allah walaupun sedikit. Allah tidak akan layan orang jahat dan orang bertakwa dengan layanan yang sama. Di dunia, Allah masih memberi rezeki kepada orang jahat tetapi lain di akhirat............... Ingatlah kesusahan di dunia ada akhirnya tetapi kesusahan di akhirat tidak akan ada penyudahnya. Fikirkanlah............

Thursday, January 21, 2010

RenUnG SekEtiKA

Masa untuk manusia bertaubat kepada Allah s.w.t. daripada segala dosa dan kesalahan yang mereka lakukan adalah sehari semalam.Secara sedar atau tidak, kita melakukan pelbagai dosa setiap hari. Oleh itu solat yang dikerjakan secara berterusan boleh membantu membersihkan dosa-dosa ini dan menenangkan jiwa serta menyucikan hati mereka daripada kecenderungan kepada maksiat.

sYOk Nyer............

Alhamdulillah ........ anak-anak buah berjaya gok present blog depa arini. Tahniah bab terpilih dalam 5 blog terbaik. Tahniah............. Aima and Aiman. Berbaloi jugak dok tunggu siang malam. Oppps..sampai petang ja. Sejuk perut ibu mengandung. Tu la bebudak ni, kalau digilap bakat tu pasti terserlah. Syok kan main gurubesar cek tu..

Wednesday, January 20, 2010

http://tqahngade.blogspot.com/

Rutin harian..................



Ari ni cek letih sungguh. Dari pagi sampai petang dok perah ke ' otak'. Pagi jadi cikgu sekolah, balik umah jd cikgu kat anak-anak lak. Dah tanggungjawab nak buat camna. Allah tanya sat gi tu. Esok anak-anak buah dipilih untuk present diaorang punya blog yg depa bina masa Kursus Pembinaan blog kat Perpustakaan Awam Ng Trg. Debor gak rase. Apapun semoga berjaya................

Tuesday, January 19, 2010

Anak-anak anugerah yang terindah


Segeralah mendidik anak-anak sebelum banyak kerja dan sebelum sibuk dengan fikiran-fikiran lain. Mereka adalah harta yang tidak ternilai harganya. Bantulah mereka mengharungi dunia yang serba mencabar ini. Ingatlah, anak-anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kedua ibubapa............