Friday, April 30, 2010

Doa MaLaiKAt UntuK HamBANya YanG SoLeH

1. Orang yang tidur dalam keadaan berwuduk.
Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.

(Riwayat Ibnu Hibban )

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”

(Riwayat Muslim )

3. Orang yang berada di shaf barisan depan berjemaah.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada shaf–shaf terdepan”

(Riawayat Abu Daud)

4. Orang yang menyambung shaf solat berjamaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam shaf).
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang–orang yang menyambung shaf–shaf”

(Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim)

5. Orang yang mengucapkan ‘aamin’ ketika imam selesai membaca Al Fatihah.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya masa lalu”.

(Riwayat Bukhari)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah selesai solat.
Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhuknya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”

(Riwayat Imam Ahmad)

7. Orang yang solat subuh dan asar secara berjemaah.
Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu salat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”

(Riwayat Imam Ahmad)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”

(RiwayatMuslim)

9. Orang–orang yang berinfak.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil’”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang–orang yang sedang makan sahur”

(Riwayat Ibnu Hibban dan Thabrani)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.
Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga subuh”

(Riwayat Imam Ahmad)

12. Orang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”

(Riwayat Tirmidzi)

Wallahu a’lam. Moga mendapat rahmat dari Allah Taala. Amin…

Wednesday, April 28, 2010

ROnDA - rONda Kot bELaH UtaRA

Kat Kota Fort Cornwallis

Patung Francis Light


Minggu lepas Mak Teh pi ikut rombongan sekolah kat Penang. Syoq jugak lama - lama sekali naik bas.
Kalau ikut jadual awal nak pi teman si Nadirah je bab my hubby tu tak pcaya sgt kat anak dia yang sorang ni.
Maklumlah klau dia berkenan kat satu2 benda mesti ralit(asyik) dok tengok. Takut orang tak sedaq n tinggal je.

Kitorang bertolak malam ke Penang. Mak Teh x lena nak tdoq mlm tu bab bas tu laju gak, tkut terjun bukit.........nauzubillah........... Tp Mak Teh beruntung bab Mak Teh n drebar bas je yang dpt tgk gajah nak lintas jalan.
Mulanya x tau sedar gak, tp drebar tutup lampu barulah teringat ada nmpk signboard yg suruh padam lampu klu jumpa gajah. Ingatkan sekor jerrr....rupa2nya ada lg 7 ekor kat tepi jalan. Pucat gak, mana tau pakat mai tolak bas tak ke nanya........
Rupanya banyak gak tempat yg menarik kat Penang ni. Dulu 3 tahun dok sana x melawat la pulak.

Apapun yang paling menarik dan paaaaaaling best dapat naik feri balik kampung..... horeeeeeeeeey............
ingat zaman maktab dulu, sering kejor ke feri. Suh adik Mak Teh tunggu kat Butterworth. Tak dapat bayang kampung melambai-lambai. Sambil menyelam minum air.

Nadirah yang paling susah nak mbik gambar


Melawat kat rumah P.Ramlee

Friday, April 23, 2010

regal global


yeewee..





Nampak mcm sempoi jerr stiker ni....tp dapat menjimatkan minyak kereta beb....
Mak Teh dah pasang kat kereta, mmg jimat n lebih pick up. klu x pcaya mai nak pasang. blum cuba blum tau.

Saturday, April 10, 2010

SEdiH.............................


Sedih.........tu jer yang Mak Teh rasa.. Cerita ni dah minggu lepas dah.
Tapi buat nya cbuk smp x dan nak layan perasaan ni.
Nak buat cam na.......... Orang ni dia ada mcm2 giler.... giler ngail.....giler burung........ giler shopping..........giler fb n mcm2 lagi lah.
Tapi my hubby ni dia giler main tenis......Ya Allah, hari2 main tenis. klu ari ujan leh pegang raket tenis pun x pa dah.
Member2 dia ada la juga ari2 yg excuse, tp klu dia, tolak yg lain, tenis no. 1......... Mak Teh bukan jenis leh dok umah.
Ajak la my hubby tu kuar smbl nak bli brg kak long nak ke kem.
Ada ka patut dia bg masa sejam ja nak kuar. Mana sempat, pilih2 brg pun kat setengah hari.........hehehe... ni dah lebih ni.....
last2 Mak Teh ngan kak long, Mina n Adliya ja kuar.
Merajuk la konon.
Pi makan kat Rasa Mas. Suka lak bebudak tu leh makan. ................membesarkan saiz badan yang sedia besar......Maghrib baru blk........... puas hati..........Bimbang jugak my hubby tu.......tpon kat anak,
tanya umi kat ne?........hehehe........
Tp ari ni dah ok dah.........hehehe.........syok gak rse........