Friday, February 26, 2010

PaNDanG , ReNuNG, FiKiR, JadiKaN IKtiBaR........................

Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. terlalu istimewa. Kita dibekalkan dengan akal yang tidak diberikan kepada mana-mana makhluk.
Semua makhluk yang diciptakanNya tidak sanggup menerima tanggungjawab sebagai khalifah di dunia kecuali manusia.
Walaupun begitu kita tidak terlepas daripada ujian Allah s.w.t.
Kita terkadang mudah untuk menghadapi ujian dalam bentuk kesusahan/kemiskinan tetapi seringkali gagal apabila diuji dengan kesenangan atau kekayaan.

Tapi ingatlah, hidup ini umpama roda, hari ini kita di atas, mungkin esok kita di bawah.
Memang menjadi lumrah manusia yang sentiasa mengingati Allah apabila ditimpa kemudaratan. Kita sanggup bersengkang mata di malam hari, bersendiri, memohon keampunanNya supaya segala ujianNya berakhir.
Dan apabila kesusahan itu berlalu, jarang sekali kita jadikannya sebagai iktibar untuk menempuh hari mendatang yang entah memihak kepada kita atau tidak.
Pernahkah kita melihat sebuah kapal di tengah lautan.
Tidak terfikirkah kita, seketul besi apabila diletakkan di dalam air pasti akan tenggelam. Bagaimana kapal yang menggunakan bertan-tan besi boleh terapung dengan stabil di dalam lautan................??????

Cuba kita fikir bagaimana sebuah komputer dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah yang kita, sedangkan komputer itu sendiri diciptakan oleh manusia .....?????
Inilah sebahagian kecil ilmu Allah s.w.t. yang telah diilhamkan kepada manusia-manusia istimewa yang telah dipilih olehNya.
Sesungguhnya ilmu Allah itu luas .

Tidak terfikirkah kita dengan peristiwa tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa, gempa bumi di sana sini dan pelbagai bencana yang disifatkan sebagai fenomena alam?????
Tidakkah kita tahu bahawa sebarang peristiwa yang telah berlaku ini adalah suatu tanda peringatan , yang menuntut kita sebagai hambaNya berfikir sedalam-dalamnya dan menjadikan semua itu sebagai iktibar dalam pengembaraan kita yang entah bila penghujungnya. Carilah bekalan yang mencukupi supaya tidak terputus di tengah jalan.
Sempena Hari Maulidur Rasul ini, marilah sama2 kita hayati perjuangan hidup junjungan agung, agar kita tidak tersesat daripada landasan yng diberikan.

Tuesday, February 23, 2010

PaNAs...............!!!!!!!!

Hari ni sekolah Mak Teh didatangi Pegawai Bomba. Perancangan awal nak buat suspen kat bebudak tu... untuk latihan kebakaran.
Entah macam mana salah sorang kawan Mak Teh tu terbagi tau kat depa ni.
Pastu ramai la yang buat sambil lewa jerrr.... masa siren dibunyikan.
Kena kejor la plak baru lari. Tapi ramai la jugak yang tak tau, lintang pukang lari.
Ada gak sorang yang tergolek jatuh tangga, nasib baik tak jadi apa-apa.
Klu tak jenuh pulak la nak menjawab dengan ibu bapa, mujurrrrr...................Seronok jugak buat latihan ni.
Baru tau rupa-rupanya banyak alat pemadam yang dak berfungsi.
Klau betul2 terbakar kang susah............... Pegawai bomba tu kata sekolah Mak Teh tidak ada tempat yang selamat untuk bebudak untuk berkumpul. Jadi dia syor supaya kumpul kat pasar jer.... klu latihan sekali lagi.




Rasa gak nak padam api tapi takut kena sambar baju.




Saturday, February 20, 2010

ReNung SeJEnaK

'Dan apabila Kami memberikan satu rahmat kepada manusia,setelah mereka ditimpa bencana, mereka segera melakukan segala tipu daya (menentang) ayat-ayat Kami. Katakanlah"Allah lebih cepat pembalasannya atas tipu daya itu." Sesungguhnya malaikat-malaikat Kami mencatat tipu dayamu'
surah Yunus .....ayat 21

Memang menjadi sifat orang2 kafir yang sentiasa menimbulkan masalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Segala sesuatu yang dilakukan oleh baginda dipertikaikan.
Sampai suatu ketika untuk menguji kenabian nabi, mereka mencabar nabi supaya memohon doa kepada Allah supaya menurunkan azab siksa kepada mereka.
Sebelum daripada itu, telah banyak cabaran yang telah diberikan oleh mereka supaya membuktikan kebenaran ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Dan cabaran kali ini disahut oleh nabi.
Baginda memohon doa kepada Allah supaya berlakunya kemarau sebagaimana kemarau di zaman Nabi Yusuf.
Doa nabi dimakbulkan Allah, maka berlakulah kemarau yang teruk sehingga sampai satu tahap mereka ini terpaksa memakan tulang2 binatang dan bangkai2.
Apabila mereka pandang ke langit, kelihatan langit seperti dilitupi asap yang tebal.
Mereka menjadi kebingungan. Di kala kesempitan ini, datanglah Abu Sufyan(sebelum islam) bertemu nabi, memujuk nabi dengan menyatakan bahawa bukankah agama islam mengajar umatnya berbuat baik sesama manusia? Dan yang tersiksa akibat kemarau yang panjang itu ada juga di kalangan anak-beranak nabi sendiri dan mungkin akan meninggal.
Abu Sufyan menggesa Nabi Muhammad supaya berdoa untuk kebaikan mereka.
Sesungguhnya nabi seorang yang tulus hatinya.
Doanya diterima oleh Allah lalu turunlah hujan, hilanglah kesusahan mereka.
Tetapi, memang peel perangai orang2 kafir yang sering kufur kepada nikmat yang telah diberikan. Kesusahan yang diterima sebelum ini tidak dijadikan iktibar. Mereka kembali kufur kepada Allah.

Sesungguhnya peel perangai ini masih dibawa hingga ke hari ini, orang2 islam sendiri pun terbawa2 dengan sifat ini. Ingatlah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu, hatta daun sehelai yang gugur pun di dalam pengetahuanNya. Apa yang telah, sedang dan akan berlaku telah terdahulu di dalam pengetahuanNya di sisi Allah. Allah telah bekalkan kepada kita akal. Maka fikirkanlah samada kebaikan atau kejahatan yang harus kita cari.............

Thursday, February 18, 2010

PerPIsaHaN

Sempat lagi memanaskan situasi.


Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, akan sentiasa bertemu dan berpisah.
Bila sudah sampai waktunya kita pasti akan pergi meninggalkan orang yang kita sayangi.
Bahkan satu masa, kita telah dijanjikan olehNya untuk menjemput kita dan kita tidak akan dapat lari dari situasi itu..................

Hari ni sekolah Mak Teh adakan majlis perpisahan dengan gurubesar yang nak pindah kat sekolah sebelah je, lebih kurang 150 m jerrr.......SK SeRi NiLAm.
Sedih jugak bab dah kenal 5 tahun, dah tahu peel perangai, jenis yang boleh bergurau walaupun kadang2 stress gak dengan arahan yang diberikan.
Ye lahhh, boss kita.
Selagi tak melampaui batas mestilah ikut arahan. Yes........madam................
Lepas ni entah macam mana la peel gurubesar baru. Mintak2 la jenis yang boleh bertolak ansur. Aminnnnn..............

Tuesday, February 16, 2010

BaLIk KaMPunG

On the Way balik kampung

Minggu yang paling best, minggu cuti sekolah bab bleh balik kampung. Klu cuti skit tak leh balik...............
Skali- skala balik tengok mak, tatap muka mak, dengar cerita dan rintihan suara hati orang tua. Sementara bleh jumpa.

Hati anak mana yang tak meruntun untuk bjumpa dgn org tuanya.
Menghitung hari tau, huhuhu................
Hari tu masa bulan 12 mak, tak berapa sihat, tp kali ni ok, sihat, Alhamdulillah.
'Ya Allah, berilah kesihatan yang baik untuk ibuku'

Balik kali ni Mak Teh ajak anak2 mandi sungai sambil criter zaman kanak2 yang penuh ceria........ ummmphhhh..syoknyer....
Mak teh ajar anak terjun kat dalam sungai macam Mak Teh kecik2 dulu.
Tapi sg la ni tak dalam mcm dulu, jd tak la bunyi 'blummmppp'.
Tp ok la, bleh gak bg depa ni mencipta kenangan.
Suka bebenor bdk2 tu bleh mandi sungai.......


Rumah yang banyak meninggalkan nostalgia





Tengok tu, suka nyerrr terjun kat dalam sungai. Mak Teh dulu hebat lagi.....






Perjalanan pulang yang meletihkan. Tp masa perjalanan ke kampung segar je mata.........

Thursday, February 11, 2010

SeBuLAn PeRTaMa ke SeKOlah





Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Si Adliya ni baru 4 tahun. Tahun ni kat nursery dia, ramai baby. Dia la yang paling besar kat situ. Sian gak tengok tak dak kwn. Tak berkembang.
So, Mak Teh cuba intai tempat yang terima budak 4 tahun nak belajar.
Bukan senang orang nak terima bdk 4 tahun ni, maklumlah tak pandai nak uruskan diri lagi. Cari2 jumpalah PASTI yang sanggup terima. Susah jugak nak antor dia si Adliya ni.
Hari2 kena 'cukai' kat kedai depan PASTI tu. Huhuhu...............
Sekarang ni dah ok dah, tapi tak nak makan, tak nak mandi kat tempat baru. Kat sekolah cikgu dia cakap tak nak belajar, asyik dok tengok dari belakang jerrr.
Rupa2nya dia bukan tengok sajerr... Ni haa tengok...........diam2 berisi.....




Mudah-mudahan lepas ni harap boleh la dengar si Adliya ni hafal ayat2 lazim ker.... AMIN........

Tuesday, February 9, 2010

MukJIzAT TerAGUNG


Sejuk perut ibu mengandung malah sejuk mata memandang. Al-Quran adalah satu2nya kitab yang tidak jemu dibaca walau berulang kali dibaca.
Tidak seperti lagu2 yang dimainkan dicorong radio yang pasti akan sentiasa berubah seiring dengan zaman.

Wasiat Utbah bin Abi Sufyan kepada pendidik anaknya:"Perbaikilah dirimu sebelum kau memperbaiki anakku. Mata mereka terikat pada matamu. Kebaikan pada mereka adalah apa yang kamu kata kebaikan dan yang buruk pada mereka adalah apa yang kamu anggap buruk".

Ajarilah mereka al-Quran, tapi janganlah dengan paksaan kerana mereka akan rasa jemu dan janganlah engkau membiarkan mereka tidak mempelajari al-Quran menyebabkan mereka menjauhinya.

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Klu dah jadi buluh memang susah. Dah la keras, klu salah potong tangan kita lak yang luka. Sama2lah kita memelihara mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. ini. Hidup pasti bererti, senyuman turut berseri bagai disinari mentari pagi.

Sunday, February 7, 2010

MeNAriK Di TeReNGganu

Biasanya klu ari Sabtu pasti keboringan tu mai. Tak tau nak pi mana?
Duduk umah pun gelisah semacam. Kaki tak payah nak kata la, memang gatal nak jln jer.
Alih2 siap pi sekolah lu kebetulan ada Kursus Kepimpinan Pengawas utk bdk2.
Lepak lu ngan kekawan.
Pastu diaorang bagitau ada main JetSki kat Pulau Duyung peringkat antarabangsa.
Apalagi, masuk dalam agenda arini la.
Habis jer Ksus bebudak tu, terus balik ajak cik Abe & anak2 ke sana.
Seronok juga rupanya tgk org lawan JetSki ni.
Rasa nak ikut sama klu bleh.
Tak sedar 2 jam dok tgk org kejor mengejor.
Besttttttt........


Kawasan perlawanan di pulau Duyung, k. Trg

Cameraman mbik gambar dari udara

Tengah kejor mengejor



Sebelah sana tu Pasar Payang, K. TRG

Friday, February 5, 2010

KuLIaH JUmaaT...........

'Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,
duduk atau berdiri, tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya
dia kembali (ke jalan yang sesat),
seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami
untuk( menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya.
Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang2 yang melampai batas apa yang mereka kerjakan' ....surah Yunus...ayat 12

Sifat dan perangai orang dahulu, kini dan akan datang adalah sama.
Mereka sering lupa apa2 yang telah terjadi terhadap diri masing2 dan tidak menjadikan sesuatu yang buruk itu sebagai pengajaran di masa hadapan.

Jika berada di dalam kesusahan mereka sentiasa berdoa kepada Allah walau dalam apa jua keadaan samada berdiri, duduk atau terbaring.

Sekiranya Allah menyempurnakan doa dan kesusahan telah berlalu, mereka seperti telah lupa bahawa telah melalui saat yang sukar pada masa lalu dan seolah2 mereka tidak pernah memohon bantuan daripada Allah s.w.t.

Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang yang tidak bersyukur di atas rahmatNya.

Thursday, February 4, 2010

BaPa MiTHaLi


' PaPa PaPa '
' Engkaulah Raja hatiku '
' Bila ku berduka '
' Engkau hiburkan selalu '
' PaPa PaPa '
' Engkaulah Raja hatiku........................................'

Sian kat papa bab tak dak 'kaum sejenis' dalam family, hanya dikelilingi 'dayang senandung'.
Tengok tu smp meleleh air liur atas bahu, punyalah lentok.
Klu ngan Umi x gitu lak.
Ye la, Umi dia 'iron woman' agaknya.
Apa pun ibu mana x syg kat anak.
Syg bertempat............"SYURGA DI BWH TELAPAK KAKI IBU".