Friday, February 26, 2010

PaNDanG , ReNuNG, FiKiR, JadiKaN IKtiBaR........................

Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t. terlalu istimewa. Kita dibekalkan dengan akal yang tidak diberikan kepada mana-mana makhluk.
Semua makhluk yang diciptakanNya tidak sanggup menerima tanggungjawab sebagai khalifah di dunia kecuali manusia.
Walaupun begitu kita tidak terlepas daripada ujian Allah s.w.t.
Kita terkadang mudah untuk menghadapi ujian dalam bentuk kesusahan/kemiskinan tetapi seringkali gagal apabila diuji dengan kesenangan atau kekayaan.

Tapi ingatlah, hidup ini umpama roda, hari ini kita di atas, mungkin esok kita di bawah.
Memang menjadi lumrah manusia yang sentiasa mengingati Allah apabila ditimpa kemudaratan. Kita sanggup bersengkang mata di malam hari, bersendiri, memohon keampunanNya supaya segala ujianNya berakhir.
Dan apabila kesusahan itu berlalu, jarang sekali kita jadikannya sebagai iktibar untuk menempuh hari mendatang yang entah memihak kepada kita atau tidak.
Pernahkah kita melihat sebuah kapal di tengah lautan.
Tidak terfikirkah kita, seketul besi apabila diletakkan di dalam air pasti akan tenggelam. Bagaimana kapal yang menggunakan bertan-tan besi boleh terapung dengan stabil di dalam lautan................??????

Cuba kita fikir bagaimana sebuah komputer dapat menyelesaikan sebahagian daripada masalah yang kita, sedangkan komputer itu sendiri diciptakan oleh manusia .....?????
Inilah sebahagian kecil ilmu Allah s.w.t. yang telah diilhamkan kepada manusia-manusia istimewa yang telah dipilih olehNya.
Sesungguhnya ilmu Allah itu luas .

Tidak terfikirkah kita dengan peristiwa tsunami yang mengorbankan ribuan nyawa, gempa bumi di sana sini dan pelbagai bencana yang disifatkan sebagai fenomena alam?????
Tidakkah kita tahu bahawa sebarang peristiwa yang telah berlaku ini adalah suatu tanda peringatan , yang menuntut kita sebagai hambaNya berfikir sedalam-dalamnya dan menjadikan semua itu sebagai iktibar dalam pengembaraan kita yang entah bila penghujungnya. Carilah bekalan yang mencukupi supaya tidak terputus di tengah jalan.
Sempena Hari Maulidur Rasul ini, marilah sama2 kita hayati perjuangan hidup junjungan agung, agar kita tidak tersesat daripada landasan yng diberikan.

No comments: