Tuesday, February 9, 2010

MukJIzAT TerAGUNG


Sejuk perut ibu mengandung malah sejuk mata memandang. Al-Quran adalah satu2nya kitab yang tidak jemu dibaca walau berulang kali dibaca.
Tidak seperti lagu2 yang dimainkan dicorong radio yang pasti akan sentiasa berubah seiring dengan zaman.

Wasiat Utbah bin Abi Sufyan kepada pendidik anaknya:"Perbaikilah dirimu sebelum kau memperbaiki anakku. Mata mereka terikat pada matamu. Kebaikan pada mereka adalah apa yang kamu kata kebaikan dan yang buruk pada mereka adalah apa yang kamu anggap buruk".

Ajarilah mereka al-Quran, tapi janganlah dengan paksaan kerana mereka akan rasa jemu dan janganlah engkau membiarkan mereka tidak mempelajari al-Quran menyebabkan mereka menjauhinya.

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Klu dah jadi buluh memang susah. Dah la keras, klu salah potong tangan kita lak yang luka. Sama2lah kita memelihara mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. ini. Hidup pasti bererti, senyuman turut berseri bagai disinari mentari pagi.

No comments: