Friday, February 5, 2010

KuLIaH JUmaaT...........

'Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,
duduk atau berdiri, tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya
dia kembali (ke jalan yang sesat),
seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami
untuk( menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya.
Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang2 yang melampai batas apa yang mereka kerjakan' ....surah Yunus...ayat 12

Sifat dan perangai orang dahulu, kini dan akan datang adalah sama.
Mereka sering lupa apa2 yang telah terjadi terhadap diri masing2 dan tidak menjadikan sesuatu yang buruk itu sebagai pengajaran di masa hadapan.

Jika berada di dalam kesusahan mereka sentiasa berdoa kepada Allah walau dalam apa jua keadaan samada berdiri, duduk atau terbaring.

Sekiranya Allah menyempurnakan doa dan kesusahan telah berlalu, mereka seperti telah lupa bahawa telah melalui saat yang sukar pada masa lalu dan seolah2 mereka tidak pernah memohon bantuan daripada Allah s.w.t.

Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang yang tidak bersyukur di atas rahmatNya.

No comments: