Thursday, January 28, 2010

KhaSiaT KuRmA

Monday, August 31st, 2009 | Author:

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phoneix Dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara Arab dan mempunyai pelbagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Makkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.

Di kalangan penduduk di negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah di kalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Rasulullah SAW.
Malah Rasulullah ada bersabda “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”, Riwayat Imam Bukhari.

Dari segi saintifik pula, kurma mengandungi serat yang tinggi, kaya kalsium, potassium, zat folat, vitamin A, B, B1, B2, B3, Vitamin C dan E, bebas lemak dan bebas kolesterol dan berupaya mencegah beberapa penyakit serius seperti jantung, strok dan barah.


Kelebihan buah kurma:

  • Kurma mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
  • Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya memberi tenaga yang tinggi.
  • Kandungan tenaga yang dimiliki kurma menandingi antara keluarga besar buah-buahan.
  • Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.
  • Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
  • Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang. Atas sebab itulah, kurma dianggap sebagai buah yang paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur.
  • Kurma mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat dan serat.

Sumber: Berita Harian

No comments: