Friday, January 28, 2011

ReNuNG SeJENak

Nabi kita , Muhammad s.a.w. pernah berkata yang bermaksud ' orang yang pintar dan cerdik dikalangan umatku ialah mereka yang tidak menurut hawa nafsu. Dia sentiasa bekerja (amal ibadat) dan menyimpan untuk digunakan di alam akhirat kerana tidak ada yang paling susah melainkan menghadapi huru-hara di akhirat kelak'.
Kesusahan yang kita hadapi di dunia ini masih ada insan yang dapat membantu tapi.......kesusahan di akhirat tidak ada yang dapat membantu  hatta seorang ayah pun tak kan dapat membantu anaknya yang paling dicintai........kerana terlalu memikirkan mengenai nasib masing2 di sana.Hanya amal ibadat yang kita lakukan dapat membantu kita mengharungi huru-hara tersebut. Jadi semestinya kita sendiri yang menyediakan bekalan untuk kegunaan di waktu sesak itu.

Orang yang bodoh pula adalah terdiri dari kalangan mereka yang terlalu menurut hawa nafsu. Mereka selalu melakukan perkara yang dimurkaiNya dan sentiasa bercita2 nakkan syurga (syok sendiri) tanpa melakukan sesuatu untuk ke sana.

Sesungguhnya Allah takkan lupa apa yang kamu kerjakan.

Semoga kita bersama2 dengan golongan pertama di atas......AMIN

No comments: