Thursday, February 11, 2010

SeBuLAn PeRTaMa ke SeKOlah





Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Si Adliya ni baru 4 tahun. Tahun ni kat nursery dia, ramai baby. Dia la yang paling besar kat situ. Sian gak tengok tak dak kwn. Tak berkembang.
So, Mak Teh cuba intai tempat yang terima budak 4 tahun nak belajar.
Bukan senang orang nak terima bdk 4 tahun ni, maklumlah tak pandai nak uruskan diri lagi. Cari2 jumpalah PASTI yang sanggup terima. Susah jugak nak antor dia si Adliya ni.
Hari2 kena 'cukai' kat kedai depan PASTI tu. Huhuhu...............
Sekarang ni dah ok dah, tapi tak nak makan, tak nak mandi kat tempat baru. Kat sekolah cikgu dia cakap tak nak belajar, asyik dok tengok dari belakang jerrr.
Rupa2nya dia bukan tengok sajerr... Ni haa tengok...........diam2 berisi.....




Mudah-mudahan lepas ni harap boleh la dengar si Adliya ni hafal ayat2 lazim ker.... AMIN........

Tuesday, February 9, 2010

MukJIzAT TerAGUNG


Sejuk perut ibu mengandung malah sejuk mata memandang. Al-Quran adalah satu2nya kitab yang tidak jemu dibaca walau berulang kali dibaca.
Tidak seperti lagu2 yang dimainkan dicorong radio yang pasti akan sentiasa berubah seiring dengan zaman.

Wasiat Utbah bin Abi Sufyan kepada pendidik anaknya:"Perbaikilah dirimu sebelum kau memperbaiki anakku. Mata mereka terikat pada matamu. Kebaikan pada mereka adalah apa yang kamu kata kebaikan dan yang buruk pada mereka adalah apa yang kamu anggap buruk".

Ajarilah mereka al-Quran, tapi janganlah dengan paksaan kerana mereka akan rasa jemu dan janganlah engkau membiarkan mereka tidak mempelajari al-Quran menyebabkan mereka menjauhinya.

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Klu dah jadi buluh memang susah. Dah la keras, klu salah potong tangan kita lak yang luka. Sama2lah kita memelihara mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. ini. Hidup pasti bererti, senyuman turut berseri bagai disinari mentari pagi.

Sunday, February 7, 2010

MeNAriK Di TeReNGganu

Biasanya klu ari Sabtu pasti keboringan tu mai. Tak tau nak pi mana?
Duduk umah pun gelisah semacam. Kaki tak payah nak kata la, memang gatal nak jln jer.
Alih2 siap pi sekolah lu kebetulan ada Kursus Kepimpinan Pengawas utk bdk2.
Lepak lu ngan kekawan.
Pastu diaorang bagitau ada main JetSki kat Pulau Duyung peringkat antarabangsa.
Apalagi, masuk dalam agenda arini la.
Habis jer Ksus bebudak tu, terus balik ajak cik Abe & anak2 ke sana.
Seronok juga rupanya tgk org lawan JetSki ni.
Rasa nak ikut sama klu bleh.
Tak sedar 2 jam dok tgk org kejor mengejor.
Besttttttt........


Kawasan perlawanan di pulau Duyung, k. Trg

Cameraman mbik gambar dari udara

Tengah kejor mengejor



Sebelah sana tu Pasar Payang, K. TRG

Friday, February 5, 2010

KuLIaH JUmaaT...........

'Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring,
duduk atau berdiri, tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya
dia kembali (ke jalan yang sesat),
seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami
untuk( menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya.
Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang2 yang melampai batas apa yang mereka kerjakan' ....surah Yunus...ayat 12

Sifat dan perangai orang dahulu, kini dan akan datang adalah sama.
Mereka sering lupa apa2 yang telah terjadi terhadap diri masing2 dan tidak menjadikan sesuatu yang buruk itu sebagai pengajaran di masa hadapan.

Jika berada di dalam kesusahan mereka sentiasa berdoa kepada Allah walau dalam apa jua keadaan samada berdiri, duduk atau terbaring.

Sekiranya Allah menyempurnakan doa dan kesusahan telah berlalu, mereka seperti telah lupa bahawa telah melalui saat yang sukar pada masa lalu dan seolah2 mereka tidak pernah memohon bantuan daripada Allah s.w.t.

Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang yang tidak bersyukur di atas rahmatNya.

Thursday, February 4, 2010

BaPa MiTHaLi


' PaPa PaPa '
' Engkaulah Raja hatiku '
' Bila ku berduka '
' Engkau hiburkan selalu '
' PaPa PaPa '
' Engkaulah Raja hatiku........................................'

Sian kat papa bab tak dak 'kaum sejenis' dalam family, hanya dikelilingi 'dayang senandung'.
Tengok tu smp meleleh air liur atas bahu, punyalah lentok.
Klu ngan Umi x gitu lak.
Ye la, Umi dia 'iron woman' agaknya.
Apa pun ibu mana x syg kat anak.
Syg bertempat............"SYURGA DI BWH TELAPAK KAKI IBU".